Wednesday, November 26, 2008

Lama enda update

Salam..macam lama juga aku enda update blog ku ini.Banyak juga cerita dan peristiwa yang berlaku yang masih belum lagi di entry kan.Banyak sebab juga menjadikan blog ku ini terperap lama.Nasib-nasib enda jadi jeruk.Kalau lama terperap macam bambangan sedap juga kan,makan dengan lada padi sama ikan masin,campur lagi dengan nasi panas-panas,mesti 2 hingga 3 piring juga makan kan.hehehehe..bikin lapar juga ni..cakap pasal bambangan ni,macam lama betul sudah enda makan benda ni..rindu pulak.Nantilah kalau aku rajin-rajin akkui pasar atau tamu mencari.Ada hari tu nampak di tamu Dongonggon,tapi rupa dia tidak meng'confident'kan aku untuk membelinya,maybe next time kio.
Berbalik kepada kesibukan aku dengan kerja dan kedai,sempat juglah aku gi outstation ke Labuan dan bercuti sekejap ke Johor Baharu.Banyak juga gambar yang diambil,tapi nantilah di next entry aku sertakan gambar semasa di Labuan dan di Johor.Ok lah sampai di entri yang seterusnya..tunggguuuuuu!!!!!!!!!!!

Saturday, November 1, 2008

Sembahyang Jumaat Di Masjid Tobobon Menggatal

Hari Jumaat 31 Oktober 2008,menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Tobobon Menggatal bersama-sama kawan sekerja seramai 4 orang.Actually mau pegi ke TM Menggatal,tapi kebetulan lalu kg Tobobon,so singgahlah ke masjid situ.Rasa-rasanya lama benar tidak masuk kampung ni.Banyak perubahan dan masjid pun dah tukar ke baru.Cantik,bersih dan tersusun rapi masjid tu. InsyaAllah kalau ada masa akan kesana lagi.


Wednesday, October 29, 2008

Signs


Cuba tengok betul-betul.Mungkin bagi yang agak-agak fikiran tu ada lucah sikit,mungkin tafsiran tu kira-kira terpesong dari landasan lah,tapi sebenarnya 'sign' tu memberi maksud yang berbeza...cuba amat-amati seketika....actually....


These are signs in Japanese metro trains, 'Priority seats for ............ ....', From left to right:
1. Person with injured arm
2. Person holding a child
3. Pregnant woman
4. Person with injured leg

Not at all what U thought !!! Hahahhahaha..



Saturday, October 25, 2008

Ratu Jazz - Datuk Sheila Majd

Sempena Hari keputeraan Sultan Pahang,Sheila Majid yang memang terkenal dengan gelaran Ratu Jazz Negara telah dianugerahi pingat yang membawa gelaran Datuk.Wah....kagum,terpegun,terperanjat,gembira dan macam macam perasaan lagi lah dengan pencapaian dan gelaran yang Sheila Majid kecapi.Sememangnya beliau LAYAK menerima anugerah tersebut,disebabkan sumbangan beliau kepada industri hiburan tanah air.Bukan sahaja beliau terkenal di Malaysia, malah album-album beliau telah berjaya menembusi pasaran Indonesia,Singapura dan negara-negara Asia yang lain.Sememangnya muzik dan genre lagu beliau memang dapat dipasarkan ke negara luar.Lagu-lagu yang indah,muzik yang hebat dan persembahan yang memang Superb.Sumbangan beliau kepada pesakit-pesakit jantung dengan mengadakan konsert untuk menambah dana kepada Institut Jantung Negara baru-baru ini memang sewajarnya diberikan penghormatan.Segala penat lelah beliau untuk melihat pesakit-pesakit jantung untuk bernafas di bumi ini,memang harus dipuji.Syabas Sheila Majid.Saya selaku peminat no 1 beliau ingin mengucapkan 'Congratulation' kepada beliau dan diharap dengan anugerah yang dia nikmati akan menjadi penyuntik semangat untuk beliau terus menceriakan industri hiburan tanah air.Buat Datuk Sheila Majid - Kaulah Lagenda...

Saturday, October 18, 2008

Congratulations!!!!!

Alahai..apa nak entri hari ni?Gambar-gambar enda dapat ambil,sebab kamera dipinjam pulak oleh sister,sebab diaorang gi KL dengan mak,kakak yang sulung dan abang ipar serta anak-anak buah,untuk menghadiri konvokesyen anak buah di UPM.Semalam gi airport antar diaorang.Flight jam 2005 pm.Seminggu disana...To Herdayani Hj Awang Damit - congratulations!!!!!!!

Friday, October 17, 2008

Ntah apa-apa..

Hari ini,enda tau apa mau diupdate.Hari ini mcm biasa saja.pigi kerja dan tengahari pigi semayang Jumaat di Masjid Tg Aru.Dalam perjalanan menuju ke Kompleks Asia City,untuk menikmati makan tengahari,kereta yang kami naiki mengalami kerosakan.Macam tersangkut sangkut plak perjalanan.Kami bertiga paking kereta dan trus gi makan dulu.Lepas makan panggil mekanik dan minta dibaiki,tapi macam enda boleh juga,so minta ganti kereta yang lain.Apa lah malang hari ni..Sampai opis aku trus tengok pc dan boring plak dengan background pc yang lama,so tukar ke cicak pulak lah...


Thursday, October 16, 2008

Sony


Satu lagi kejayaan Sony,dimana mereka berjaya menembusi pendalaman Papua New Guinea.

Bulgarian Idol

Hari ini enda sempat nak update banyak-banyak,cuma apa yang sempat saja lah.Cuma nak share pasal Bulgarian Idol yang member bagi.Apa lah punya bengap pempuan ni..hehehee..enjoy..

Wednesday, October 15, 2008

Open House - Raya kelima


Antara Hidangan..Bolehlah...
Kawan-kawan sekolah dulu-dulu..Best Friend ni
Jiran-jiran dan member kamcing (JU)
Sibuk dan tiada masa mau update,maka terputus-putuslah apa yang harus aku masukan dalam blog kali ini.Gambar-gambar ni aku ambil masa aku buat open house untuk kawan-kawan dan jiran tetangga.Tidak banyak gambar yang diambil,sibuk kunun,sampai lupa mau ambil gambar.Ni saja yang sempat.Next year InsyaAllah aku akan buat lagi.

Tuesday, October 14, 2008

Hari Raya Aidil Fitri 2008 - Part 3

Pada Hari Raya ketiga,selepas solat Jumaat,aku mengadakan rumah terbuka khusus untuk ahli keluarga saja di rumah ku.Semua makanan adalah ditempah khas dari kedai nusantarathai.com dan ada juga yang dibeli.Makanan kali ini simple-simple saja,buat kelainan sikit.Meriah dan seronok,sebab ada sessi karaoke pulak tu.Masing-masing enjoy.
Antara hidangan...
Chef 'wan' tertido,penat ke???

2 chef sedang berehat sambil menunggu tetamu
Ahli keluargaku sedang menikmati hidangan

Berehat-rehat sambil berkaraoke


Saturday, October 11, 2008

Hari Raya Aidil Fitri 2008 - Part 2


Anak-anak buah. part 1

Anak-anak buah part 2


Gambar adik beradik

Gambar-gambar dipagi raya pertama.Seronok dan meriah sebab semua dapat berkumpul.Macam macam ragam,biasalah kan bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni

Hari Raya Aidil Fitri 2008 - Part 1

Salam Aidil Fitri untuk semua pembaca.Mungkin masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir Batin.Masih lagi dalam bulan Syawal dan kita kan beraya selama sebulan,cuma mungkin kuih raya tu semakin berkuranganlah kan.Tapi hidang saja jemput-jemput pisang atau keropok lekor.Sadap juga tu. Bagi sesiapa yang ingin buat rumah terbuka,jemput-jemputlah saya.hehhehehe..Ok lah disini adalah sedikit gambar-gambar sehari sebelum raya dan semasa raya berlangsung.

Prepare duit raya untuk anak buah dan kanak-kanak







Semasa malam raya sambil tengok tv.




Pagi Raya di rumah kesayanganku

Friday, September 12, 2008

Thursday, September 11, 2008

Lelaki Hensem Vs Lelaki Tak Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus..

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah

Kalau lelaki handsome menolong
perempuan yg diganggu Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).. .

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Friday, September 5, 2008

Lembu

CERITA LEMBU
Mamat dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.
Mereka sampai di kandang pertama dan ada satu papantanda yang di letakkan yang menyatakan,
“LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS”
Isteri Mamat secara jenaka mencuit Mamat dan dalam senyum berkata,
‘Dia mengawan 50 kali tahun lepas.’
Mereka kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
“LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS”
Sekali lagi isteri Mamat mencuit dan berkata,
‘WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu… Abang boleh belajar banyak dari dia’
Mereka berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :
“LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS”
Isteri Mamat menjadi girang dan mencuit Mamat dengan kuat dan berkata,
‘Itu bermakna sekali setiap hari …. Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini!!!’
Mamat pun pandang isterinya dan berkata kepadanya,
‘Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??

Wednesday, September 3, 2008

Ramadan

Setiap kali menjelang 1 Ramadan,masing-masing sibuk menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa dan memohon ampun maaf sempena menyambut bulan mulia ini.Aku juga tidak ketinggalan menerima mesej dari kekawan dan saudara mara,Ini mengingatkan aku bahawa puasa semakin hampir dan aku baru tersedar masa begitu cepat berlalu.



Kenangan masa anak-anak.

Aku masih teringat,tapi mungin tidak secara menyeluruh,aku lihat ibubapa ku berpuasa,dan pada masa ini aku tidak melihat asap pun keluar dari periuk atau dari dapur kayu.Aku mula berfikir,kenapa?Aku bertanyakan emakku dan dia memberitahuku bahawa sedang berpuasa,dan jika aku mau berpuasa tunggu sehingga umurku 7 tahun.Waktu itu aku masih teringat aku masih memegang botol susu.heheheh..itu saja setakat yang aku ingat.



Kenangan dibangku sekolah.

Aku mula mengenali apa itu puasa dan sedikit sebanyak hukum harus,sunat,makruh dan yang membatalkan puasa.Disekolah aku rasa puasa yang cukup mencabar,dengan kawan-kawan yang ada yang berpuasa dan ada juga tidak.Di sekolah,perkara yang paling diutamakan adalah bermain,setelah penat bermain,mula lah tekak rasa kering kontang.Pada masa ini aku tidak berfikir panjang terus saja minum pepsikolah (Air dari paip sekolah),beramai-ramai kongsi satu batang paip.hahaha..kenangan itu terus menjadi kenangan selama-lamanya.Balik di rumah mulalah buat muka lemah depan emak aku,aku lihat emak aku selamba jer buat kerja,seperti menjahit dan membersihkan rumah,memasak dan sebagainya.Aku berfikir,macam mana mereka ada kekuatan seperti itu.Mungkin itulah hikmahnya Ramadan.Di rumah pun aku sama saja,tidur dan akan kerumah kawan aku yang ada sungai dibelakang rumahnya.Disana masa yang paling best sangat sebab dapat berendam lama-lama dalam sungai.Lepas dari sungai,kalau masa nak dekat dah raya,masa ni lah kami akan tolong nenek bidan kg kami buat kuih bahulu,sepit dan lain-lain kuih kg.Masa ini buat pun cuma tolong main-main ,saja nak makan kuih-kuih yang hangus.kenyang perut.Balik rumah dah nak dekat berbuka,mandi dan siap-siap berbuka sama family.hahahha..aku rasa family aku tau tu,tapi mereka saja buat bodoh.Buat kawan baik aku di kg dulu,Oyong dan Nazar..selamat berpuasa.Jumpa raya nanti k..



Kenangan sekolah menengah

Fuhhh..masa ini lah zaman yang paling mencabar.Waktu ini kira sudah akil baligh,so tidak boleh main-main lagi..puasa kena jaga dan penuh.Tapi masa sekolah menengah ni,kawan-kawan lagi lah brutal.1/2 hari saja puasa.Kawan-kawan perempuan jangan ceritalah..lagi lah ada 1002 alasan.Tapi seingat aku,beberapa kerat saja yang aku berpuasa,yang lain hari tu..faham-faham sajalah.Balik dari sekolah,kami akan berkumpul di kedai runcit dekat sekolah,dan akan makan ais krim harga 20 sen seorang.Yang banyak duit beli minuman ber'gas' dan share ramai-ramai.hahahha..balik rumah puasa lah seperti biasa.Tapi dah dekat-dekat nak raya,lagi lah haus,banyak kerja...heheheh.tapi itu lah kenangan terindah..



Sekarang

Sejak lepas dibangku sekolah,aku mula berhati-hati dalam menjalani ibadah puasa.InsyaAllah akau akan berpuasa penuh.Aku berpuasa dari makan,minum dan melakukan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.Teladan masa lalu akan aku pegang erat-erat,dan kenangan ramadan dahulu akan kusimpan sebagai kenangan yang terindah dan abadi.Aku mendoakan agar Ramadan kali ini kan lebih bermakna.



Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawih.



Monday, August 25, 2008

Outstation

Hari ini aku outstation ke Beaufort dengan Chong.Ada kerja sikit.Start jalan jam 9 am hingga 12 tengahari.Gi makan di Restoran Malaysia dan beli ole-ole sikit iaitu Limau Beaufort,tapi ndak manis pun,asam adalah.Jalan-jalan cari minuman,air kelapa muda,sebab kawan aku sakit kena demam cacar halus.ok lah...Adios..

Thursday, August 21, 2008

Teman

Teman,kawan,sahabat dan rakan adalah perkataan yang berlainan tapi mempunyai maksud yang sama.Teman sejati adalah teman yang sentiasa sama-sama mengharungi suka duka,sentiasa bersama tidak kira masa senang atau susah dan yang sentiasa memberi dorongan.

Wednesday, August 20, 2008

Makan-makan di 1Borneo




Gambar-gambar ini diambil semasa makan-makan di Food Court 1Borneo.Makan Claypot dan Sizzling.Jalan-jalan cari makan dengan anak sedara aku yg Chubby (Chef Wan) heheheh,dan kawan baik (Roland),merangkap Manager Nusantarathai.com.Sedap,tapi aku ndak berapa minat claypot n sizzling,diorang berdua ni saja yang excited dengan makanan tu..hehehehe jgn marah....

Aquarius


Sign Aquarius ini aku ambil semasa melangkah masuk ke pintu 1Borneo.Cantik dan unik.Kebetulan aku berbintang Aquarius.Nice kan...

Tuesday, August 19, 2008

Entah...

Ermmm..apa yang aku rasa?Mungkin ada yang kurang pada hari ini?tapi sesuatu yang sukar hendak ditafsirkan.Buntu,kosong dan sepi.Hari ini pejabat aku sunyi sangat.Sebelah pagi adalah 5 orang kakitangan,petang pulak tinggal 3 orang sahaja.Selalunya masa-masa petang aku banyak bercerita dengan kawan-kawan pejabat,tapi dah 2 hari aku rasa mulut aku kurang pulak bercakap.Hahaha..so aku sibukkan diri dengan buat kerja,sambil-sambil baca blog orang lain.Membaca blog orang lain ni,banyak kebaikannya.Kadang-kadang ada benda yang tidak terlintas difikiran kita,tapi boleh dilaksanakan.Ada juga artikel bloggers yang menarik untuk dikongsi bersama disamping dapat menambah pengetahuan.Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah gambar-gambar yang diambil oleh blogger.Cantik,menarik,lucu dan kadang-kadang sedih.So itu saja buat kali ini...Adios..

Amazing...

Tengok Video klip ni...

Monday, August 18, 2008

Boring

Hari ini,macam biasa aku gi kedai dan tempat kerja.Mood mau berkerja macam tiada saja.Mungkin juga kerana penat dan mengantuk.Kalau ikutkan hati,mau saja aku ambil cuti segera untuk rehat,tapi tak boleh sebab ramai staff sedang bercuti sempena cuti sekolah.So terpaksa berkorbanlah.Nantilah raya baru cuti puas-puas.Tidak sabar rasanya mau sampai rumah,mau mandi dan tidur.Aku rasa tidur aku kurang sangat 2 hari ni.Nda apa lah ada juga hari boleh ganti tidur tu.Ok lah,itu saja...Adios..

Dancing

Lucu tengok gelagat anjing laut ni menari.

Friday, August 15, 2008

Borneo International Cat Show 2008

Cat lovers in Sabah will have a golden opportunity to see a variety of the finest pedigree cats from local and abroad such as Asia and Latin America at the first Borneo International Cat Show 2008 to be held at Sabah Trade Centre Likas Kota Kinabalu form 23-24 August 2008.
So,all the cats lover,please dont miss it....

Pyhton

lihat dengan teliti pergerakan ular....

Pocong


Betul ke tak?..Fikir-fikirlah sendiri......

Thursday, August 14, 2008

Perhimpunan Keluarga
















Inilah gambar-gambar semasa perhimpunan keluarga yang diadakan di Imperial Hotel di Warisan Square.Meriah dan kecoh tapi seronok.Masing-masing ada cerita dan telatah.Tapi makanan boleh tahan.Kenyang sampai ndak boleh bangun-bangun.Ok Adios..

Wednesday, August 13, 2008

Mengantuk

Huahhhh!!!! Hari ini aku mengantuk sangat.rasa macam malas mau bangun tidur.Kalau ikutkan hati mau saja aku terus tidur sampai puas.Tapi nasib baik hari ini ada meeting dipejabat.Jam 9.00 am baru start meeting.Rutin pagi aku macam biasa saja.Beli barang sikit untuk kedai,susun sikit-sikit,breakfast dan terus ke pejabat.Hari ini aku lewat sampai pejabat,dekat jam 9 pulak tu.Ah..aku buat biasa saja.heheheheh..on pc dan dapat panggilan dari Lahad Datu minta tolong tengokkan masalah printer kedai.Bos dan kawan-kawan lain dah masuk bilik meeting.Macam biasa aku lewat masuk bilik meeting.Buat biasa saja,biarpun bos dan yang lain-lain sudah lama duduk didalam.Hahahah..ok,mulakan meeting.


Hari ni mood aku lepas meeting 'Tiada'.Malas?letih?atau???? Jawapan yang pasti adalah mau TIDO...Kawan aku,si budak Eddie tu cakap,pigi tido di toilet.Gila aku mau tidur situ...bau,berasap dan sempit.Kau bolehlah Eddie.hahahahah...Ok lah aku rasa aku mau balik rumah dan tidur.Sampai jumpa lagi....Adios..

Tuesday, August 12, 2008

Tension!!!

Hari ini aku mula membuat catatan setelah dekat 2 bulan tak update.Kenapa hari ini aku rasa tension???Jawapan adakah hanya pada aku sendiri atau pada persiktaran atau kawan-kawan atau ada hal lain?atau mungkin ianya menjadi misteri..misteri nusantara..hahahha..sempat lah buat joke plak.bukannya malas,cuma tiada masa kot.Sibuk dengan kerja,kedai dan kegiatan harian.Kepenatan membataskan segala-galanya.Tension!!! perkataan yang memang biasa kita dengar dari individu yang dilanda masalah.Tapi kenapa aku tension?banyak hal membuatkan aku rasa tension...nak aku terangkan ke?rasanya tidak perlulah,biar aku sendiri yang rasa ke'tension'nan ini.Macam mana aku melegakan rasa tension ini?Nasib baik ada kawan-kawan sepejabat dan kerja.Aku banyak bergurau dengan mereka,dan bermain-main,at least lega skit.

Tuesday, June 17, 2008

Kembali Meng'update'

Memulakan bicara dengan ucapan 'Salam',kabare?(dlm loghat jawa)..hehehehehe...sudah terlalau lama saya tidak meng'update' blog ni.Bukannya malas,tapi kesibukan membataskan masa untuk meluangkan coretan ataupun titipan ke atas ini...chewahhhhhh macam penyair ja...hehehehe..bukannya apa,sejak sebulan dua ni,dan berpindah ke bangunan lain,masa teramat amat kurang.Memang banyak catatan dan gambar-gambar yang menarik untuk di kongsi,tapi belum juga ada masa nak upload.Sabar ja lah k...tengoklah esok lusa saya upload pic terkini ok....

Friday, April 25, 2008

Lama tak Update

Hai..rasanya terlalu lama dah saya nda update blog ni.Bukannya malas,cuma tiada masa mau buat update.Gambar dah banyak,cuma belum berkesempatan lagi nak masukkan dalam blog ni.Nantilah kalau saya betul-betul 'Free',saya masukkan ok.
Minggu lepas saja saya ambil 3 emergency leave.Banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan.
Sampai bertemu lagi dalam catatan yang lain dan cerita terbaru dengan gambar-gambar terbaru.Adios!!!

Wednesday, April 2, 2008

Pindah Ofis

Argghhhhh...tension,tension,tension.Berapa kali mau pindah ofis lah.Penat gila.Aku ndak sempat mau update blog,sebabnya ofis aku berpindah lagi.Dari bangunan lama ke Wisma Wawasan Plaza.Boringnya....Tapi ambik masa kejap untuk update blog ni,nanti aku sertakan gambar tempat baru aku.ADIOS...

Wednesday, March 26, 2008

Anak buah yang 'Montel'


Gambar ni aku ambil semasa anak buah aku ni merayu-rayu bawa pegi cari patung 'Ultraman' di Komplek Asia City.Punyalah mahal harga dia...nantilah hujung bulan ok.Buat masa tu setakat tengok tengok ja dulu.Pastu bawa lagi ke pusat 'game'.Pening aku dibuat budak seorang ni.Tengok badan,montel kan.Minuman dia mesti yang gelas besar,samada sarsi atau cola.Tapi dia nilah cucu kesayangan emak dan bapa aku.Kalau tiada dia dirumah..sunyi sepi rumah..Dialah penghibur dirumah...hehehhehe...adik..adik...Adios...:)

Monday, March 24, 2008

Panda part II

Oleh kerana Panda binatang yang paling cute dan yang paling aku suka selain dari kucing,aku ada menyimpan sebuah patung panda yang telah lama aku beli,iaitu dari tahun 2000."Cute"kan?.Aku pakaikan baju yang aku beli dari 'Home and Garden",saja.. supaya dia nda nampak bogel...hehehehehe..Baju yang dipakai pun mempunyai mesej yang besar iaitu 'Love Your Earth'.Patung Panda ni aku namakan 'Humphrey'.Ok 'Save your Earth'...Adios..

Wednesday, March 19, 2008

PANDA

Pagi ini,aku dapat surat dari WWF Malaysia.Majalah terbitan bulanan dari WWF untuk setiap ahli.Aku menjadi ahli sejak tahun 2006.Majalah tersebut mengandungi kegiatan dan laporan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh WWF Malaysia.Actually aku amat sayang dengan binatang,especially kucing.Aku teringin sekali hendak melihat secara 'live',binatang yang aku anggap paling 'CUTE' di dunia iaitu PANDA.Comel,manja dan keunikan bulunya membuat aku teringin sekali menyentuh dan membelai binatang tersebut.Buat masa ini,aku ada sebuah sebuah patung panda.InsyaAllah,satu hari aku pasti dapat melhat dan menyentuh panda.hehhehehe...Adios..


WWF


Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pertubuhan ini menyatakan misi "untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita". Kini, kebanyakan kerjanya bertumpu kepada pemeliharaan tiga
biome yang mengandungi kebanyakan besar biokepelbagaian: hutan, ekosistem air tawar, dan lautan dan pantai. Antara isu-isu lain, WWF juga prihatin terhadap spesis hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim. Pertubuhan ini menjalankan lebih 1,200 projek amali di seluruh dunia dalam setiap tahun.
Sama-samalah kita memelihara hidupan liar dunia.Bumi kita semakin pupus dengan haiwan-haiwan yang mungkin tidak akan dikenali oleh generasi akan datang.Isu pemanasan global yang hangat dikatakan kini,berpunca dari sikap dan kerakusan manusia yang mencemar habitat alam semulajadi dan haiwan-haiwan dibumi ini.Kita harus memupuk rasa kesedaran dan keinsafan pada diri kita sendiri dan anak-anak masa depan untuk memulihara 'BUMI'.Adios...

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet baru Parlimen Malaysia

Hari ini,senarai kabinet baru diumumkan oleh PM - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew T
imbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh






Monday, March 17, 2008

AF6 - Stacy



Rancangan Realiti TV,Akademi Fantasia ke-6 bermula lagi.Dan yang pasti hanya seorang sahaja peserta dari Sabah yang berjaya masuk didalam 14 orang pelajar AF6 kali ini.Berbanding pada tahun-tahun sebelum ini,dimana jumlah pelajar dari Sabah yang melebihi 2 orang.Kenapa jumlah calon dari Sabah berkurangan?ermmm...rasa-rasanya kita sendiri boleh meneka.Mungkinkah minat untuk menyertai AF6 dikalangan remaja Sabah sudah semakin pudar atau 'malas'?Sebabnya 'mungkin' juga kerana setelah habis program realiti ini,kebanyakan bekas-bekas pelajar ini tidak ada tempat untuk mereka meneruskan perjalanan sebagai artis rakaman.Lihat sahaja ramai dikalangan bekas pelajar tidak ada kerjaya sebagai seorang arits.Rakaman album?emmmm..jauh sekali.Mengambil contoh seperti bekas pelajar-pelajar AF1 hingga AF5,hanya boleh dibilang tak sampai sepuluh pun yang betul-betul berjaya sebagai seorang artis (penyanyi,pelakon dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia artis).Mungkin juga remaja-remaja Sabah mangambil contoh bekas-bekas pelajar yang dahulu yang senyap tanpa sebarang perkembangan.Jangan setakat glamor sekerat jalan sahaja.Apa-apa pun kita boleh menilai sendiri kan.....
Kali ini Sabah hanya diwakili oleh Stacy,seorang pelajar perempuan.Kalau tak silap Stacy ni adalah bekas ahli kumpulan Evoke,semasa menyertai program pencarian bakat dalam Gangstarz di TV3 tidak lama dulu..betul ke??kalau silap harap boleh bagi pandangan....Adios...

Friday, March 14, 2008

Sheila Majid


Sheila Majid!..Sebuah nama besar dalam industri hiburan tanah air.Seorang penyanyi yang masih segar dalam ingatan peminat-peminat beliau.Lagu pertama 'Pengemis Muda' diikuti lagu lagu lain yang menaikkan nama beliau dalam persada hiburan tanah air seperti lagu 'Gerimis Semalam','warna',Memori',Sinaran' Lagenda' dan banyak lagi.Setelah 20 tahun mengabdikan diri dalam hiburan,nama mu tetap dihati dan kaulah 'LEGENDA'

Glen Fredly

Sekali Ini Saja-Glenn Fredly (Klik tuk dengar)

Bersamamu
Kulewati
Lebih dari seribu malam

Bersamamu
Yang ku mau
Namun kenyataannya tak sejalan
Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintainya

Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja
Bersamamu
Kulewati Lebih dari seribu malam
Bersamamu Yang ku mau

Namun kenyataannya tak sejalan
Tak sanggup bila aku jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya

Tuhan,
bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintainya
Namun bila waktuku telah habis dengannya


Biarkan cinta ini Hidup untuk sekali saja…

Food Hall


Selamat Pagi...
Mau share dengan sapa-sapa ja...sapa yang terasa ingin makan makanan ala-ala Tahi dan Nusantara,bolehlah berkunjung ke Food Hall,Tingkat 2,Kompleks Asia City.Cari kedai yang bernama nusantarathai.com.Kenapa namanya nusantarathai.com????hehehehe...itu ada cerita disebaliknya...nak tau...nantilah saya ceritakan kio....Tungguuuuu!!!!! Adios...

Thursday, March 13, 2008

Perbandingan


Perbandingan
Ermmmmm...aku cuba nak buat perbandingan gambar aku dulu dan sekarang.Ada perubahan ke????..rasanya ada lah tu...dulu muda skit sekarang ni dah tua skitttttttt...ja...hehehehhe...tapi maintain still hensem lah kunun....dulu kurus skit,sekarang ni ada berisi skit..belum lagi bab perut yang dah besar tu....ah !!! apa-apa pun aku tetap aku kan....Adios....


Lunch


Lunch ikan masin kembung
Tengahari tadi,aku lunch ikan masin kembung, 2 keping ikan merah,sayur pacri nanas dan nasi panas.Uiiiii...SEDAP!!!!!....lama betul ndak makan makanan ni.Yang paling menyelerakan tu,adalah ikan masin kembung di perah dengan asam limau dan lada padi.Ikan goreng merah tu plak,empuknya isi...freshhhhhhh...uiiii terasa nak makan lagi lah...mana nak cari?????
datanglah makan di nusantarathai.com,food hall Kompleks Asia City, di 2nd Floor....Adios...

Keperluan


Morning..inilah barang-barang yang perlu dibawa setiap hari.Tanpa barang-barang ni,kira tak lengkap hari tersebut.Barang-barang ni mungkin nampak tak berharga,tapi benda-benda inilah yang amat aku perlu setiap hari.

Wednesday, March 12, 2008

Filem Duyung

Malam pengiraan undi,aku gi tengok wayang Duyung,dengan member dan my nephew.Excited juga nak tengok ni,movie start jam 9.15 malam.Nak komen pasalcerita tu ,ermmmm...menarik tapi ada kekurangan.Nampaknya Keujudan Maya Karin hanya sebagai penghias cerita sahaja.Dari segi dialog juga banyak yang tidak relevan dan mengada-ngada.Pakaian pelakon perempuan juga seperti pakaian zaman purba,sedangkan dalam filem tersebut terdapatnya bot,cermin mata hitam dan barang-barang elektrik.Mana relevannya dengan filem tersebut....anyway nanti saya sambung komen balik ok...ada kerja sikit....Adios..

Anuar Zain


Morning....Hari ni awal bangun dari tidur.Rasa mengantuk sangat,tapi kena juga bangun gi kerja...Pagi tadi,masa driving ke tempat kerja,pasang radio HOTFM,ada Anuar Zain jadi guest.Wow,penyanyi yang paling aku minat.Lagu-lagu Anuar zain memang very Class.Hopefully he win ABPBH tahun ni ....





Tuesday, March 11, 2008

Menu







Aku nak share satu menu dari nusantarathai.com....Sapa-sapa yang teringin nak rasa,datanglah ke Nusantarathai.com,Kompleks Asia City.Food Hall at 2nd Floor...

Today 11 Mac 2008

Akhirnya.......
hehhehehe akhirnya atas inisiatif sendiri aku buat blog sendiri.Teringin nak buat,tapi sibuk memanjang sampai tak terbuat pun.Well apa-apa aku akan start mulai hari nidan kalau ada kelapangan aku akan update dari hari ke hari...Adios.....