Wednesday, March 26, 2008

Anak buah yang 'Montel'


Gambar ni aku ambil semasa anak buah aku ni merayu-rayu bawa pegi cari patung 'Ultraman' di Komplek Asia City.Punyalah mahal harga dia...nantilah hujung bulan ok.Buat masa tu setakat tengok tengok ja dulu.Pastu bawa lagi ke pusat 'game'.Pening aku dibuat budak seorang ni.Tengok badan,montel kan.Minuman dia mesti yang gelas besar,samada sarsi atau cola.Tapi dia nilah cucu kesayangan emak dan bapa aku.Kalau tiada dia dirumah..sunyi sepi rumah..Dialah penghibur dirumah...hehehhehe...adik..adik...Adios...:)

Monday, March 24, 2008

Panda part II

Oleh kerana Panda binatang yang paling cute dan yang paling aku suka selain dari kucing,aku ada menyimpan sebuah patung panda yang telah lama aku beli,iaitu dari tahun 2000."Cute"kan?.Aku pakaikan baju yang aku beli dari 'Home and Garden",saja.. supaya dia nda nampak bogel...hehehehehe..Baju yang dipakai pun mempunyai mesej yang besar iaitu 'Love Your Earth'.Patung Panda ni aku namakan 'Humphrey'.Ok 'Save your Earth'...Adios..

Wednesday, March 19, 2008

PANDA

Pagi ini,aku dapat surat dari WWF Malaysia.Majalah terbitan bulanan dari WWF untuk setiap ahli.Aku menjadi ahli sejak tahun 2006.Majalah tersebut mengandungi kegiatan dan laporan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh WWF Malaysia.Actually aku amat sayang dengan binatang,especially kucing.Aku teringin sekali hendak melihat secara 'live',binatang yang aku anggap paling 'CUTE' di dunia iaitu PANDA.Comel,manja dan keunikan bulunya membuat aku teringin sekali menyentuh dan membelai binatang tersebut.Buat masa ini,aku ada sebuah sebuah patung panda.InsyaAllah,satu hari aku pasti dapat melhat dan menyentuh panda.hehhehehe...Adios..


WWF


Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pertubuhan ini menyatakan misi "untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita". Kini, kebanyakan kerjanya bertumpu kepada pemeliharaan tiga
biome yang mengandungi kebanyakan besar biokepelbagaian: hutan, ekosistem air tawar, dan lautan dan pantai. Antara isu-isu lain, WWF juga prihatin terhadap spesis hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim. Pertubuhan ini menjalankan lebih 1,200 projek amali di seluruh dunia dalam setiap tahun.
Sama-samalah kita memelihara hidupan liar dunia.Bumi kita semakin pupus dengan haiwan-haiwan yang mungkin tidak akan dikenali oleh generasi akan datang.Isu pemanasan global yang hangat dikatakan kini,berpunca dari sikap dan kerakusan manusia yang mencemar habitat alam semulajadi dan haiwan-haiwan dibumi ini.Kita harus memupuk rasa kesedaran dan keinsafan pada diri kita sendiri dan anak-anak masa depan untuk memulihara 'BUMI'.Adios...

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet baru Parlimen Malaysia

Hari ini,senarai kabinet baru diumumkan oleh PM - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew T
imbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh






Monday, March 17, 2008

AF6 - Stacy



Rancangan Realiti TV,Akademi Fantasia ke-6 bermula lagi.Dan yang pasti hanya seorang sahaja peserta dari Sabah yang berjaya masuk didalam 14 orang pelajar AF6 kali ini.Berbanding pada tahun-tahun sebelum ini,dimana jumlah pelajar dari Sabah yang melebihi 2 orang.Kenapa jumlah calon dari Sabah berkurangan?ermmm...rasa-rasanya kita sendiri boleh meneka.Mungkinkah minat untuk menyertai AF6 dikalangan remaja Sabah sudah semakin pudar atau 'malas'?Sebabnya 'mungkin' juga kerana setelah habis program realiti ini,kebanyakan bekas-bekas pelajar ini tidak ada tempat untuk mereka meneruskan perjalanan sebagai artis rakaman.Lihat sahaja ramai dikalangan bekas pelajar tidak ada kerjaya sebagai seorang arits.Rakaman album?emmmm..jauh sekali.Mengambil contoh seperti bekas pelajar-pelajar AF1 hingga AF5,hanya boleh dibilang tak sampai sepuluh pun yang betul-betul berjaya sebagai seorang artis (penyanyi,pelakon dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia artis).Mungkin juga remaja-remaja Sabah mangambil contoh bekas-bekas pelajar yang dahulu yang senyap tanpa sebarang perkembangan.Jangan setakat glamor sekerat jalan sahaja.Apa-apa pun kita boleh menilai sendiri kan.....
Kali ini Sabah hanya diwakili oleh Stacy,seorang pelajar perempuan.Kalau tak silap Stacy ni adalah bekas ahli kumpulan Evoke,semasa menyertai program pencarian bakat dalam Gangstarz di TV3 tidak lama dulu..betul ke??kalau silap harap boleh bagi pandangan....Adios...

Friday, March 14, 2008

Sheila Majid


Sheila Majid!..Sebuah nama besar dalam industri hiburan tanah air.Seorang penyanyi yang masih segar dalam ingatan peminat-peminat beliau.Lagu pertama 'Pengemis Muda' diikuti lagu lagu lain yang menaikkan nama beliau dalam persada hiburan tanah air seperti lagu 'Gerimis Semalam','warna',Memori',Sinaran' Lagenda' dan banyak lagi.Setelah 20 tahun mengabdikan diri dalam hiburan,nama mu tetap dihati dan kaulah 'LEGENDA'

Glen Fredly

Sekali Ini Saja-Glenn Fredly (Klik tuk dengar)

Bersamamu
Kulewati
Lebih dari seribu malam

Bersamamu
Yang ku mau
Namun kenyataannya tak sejalan
Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintainya

Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja
Bersamamu
Kulewati Lebih dari seribu malam
Bersamamu Yang ku mau

Namun kenyataannya tak sejalan
Tak sanggup bila aku jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya

Tuhan,
bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintainya
Namun bila waktuku telah habis dengannya


Biarkan cinta ini Hidup untuk sekali saja…

Food Hall


Selamat Pagi...
Mau share dengan sapa-sapa ja...sapa yang terasa ingin makan makanan ala-ala Tahi dan Nusantara,bolehlah berkunjung ke Food Hall,Tingkat 2,Kompleks Asia City.Cari kedai yang bernama nusantarathai.com.Kenapa namanya nusantarathai.com????hehehehe...itu ada cerita disebaliknya...nak tau...nantilah saya ceritakan kio....Tungguuuuu!!!!! Adios...

Thursday, March 13, 2008

Perbandingan


Perbandingan
Ermmmmm...aku cuba nak buat perbandingan gambar aku dulu dan sekarang.Ada perubahan ke????..rasanya ada lah tu...dulu muda skit sekarang ni dah tua skitttttttt...ja...hehehehhe...tapi maintain still hensem lah kunun....dulu kurus skit,sekarang ni ada berisi skit..belum lagi bab perut yang dah besar tu....ah !!! apa-apa pun aku tetap aku kan....Adios....


Lunch


Lunch ikan masin kembung
Tengahari tadi,aku lunch ikan masin kembung, 2 keping ikan merah,sayur pacri nanas dan nasi panas.Uiiiii...SEDAP!!!!!....lama betul ndak makan makanan ni.Yang paling menyelerakan tu,adalah ikan masin kembung di perah dengan asam limau dan lada padi.Ikan goreng merah tu plak,empuknya isi...freshhhhhhh...uiiii terasa nak makan lagi lah...mana nak cari?????
datanglah makan di nusantarathai.com,food hall Kompleks Asia City, di 2nd Floor....Adios...

Keperluan


Morning..inilah barang-barang yang perlu dibawa setiap hari.Tanpa barang-barang ni,kira tak lengkap hari tersebut.Barang-barang ni mungkin nampak tak berharga,tapi benda-benda inilah yang amat aku perlu setiap hari.

Wednesday, March 12, 2008

Filem Duyung

Malam pengiraan undi,aku gi tengok wayang Duyung,dengan member dan my nephew.Excited juga nak tengok ni,movie start jam 9.15 malam.Nak komen pasalcerita tu ,ermmmm...menarik tapi ada kekurangan.Nampaknya Keujudan Maya Karin hanya sebagai penghias cerita sahaja.Dari segi dialog juga banyak yang tidak relevan dan mengada-ngada.Pakaian pelakon perempuan juga seperti pakaian zaman purba,sedangkan dalam filem tersebut terdapatnya bot,cermin mata hitam dan barang-barang elektrik.Mana relevannya dengan filem tersebut....anyway nanti saya sambung komen balik ok...ada kerja sikit....Adios..

Anuar Zain


Morning....Hari ni awal bangun dari tidur.Rasa mengantuk sangat,tapi kena juga bangun gi kerja...Pagi tadi,masa driving ke tempat kerja,pasang radio HOTFM,ada Anuar Zain jadi guest.Wow,penyanyi yang paling aku minat.Lagu-lagu Anuar zain memang very Class.Hopefully he win ABPBH tahun ni ....





Tuesday, March 11, 2008

Menu







Aku nak share satu menu dari nusantarathai.com....Sapa-sapa yang teringin nak rasa,datanglah ke Nusantarathai.com,Kompleks Asia City.Food Hall at 2nd Floor...

Today 11 Mac 2008

Akhirnya.......
hehhehehe akhirnya atas inisiatif sendiri aku buat blog sendiri.Teringin nak buat,tapi sibuk memanjang sampai tak terbuat pun.Well apa-apa aku akan start mulai hari nidan kalau ada kelapangan aku akan update dari hari ke hari...Adios.....