Wednesday, March 19, 2008

WWF


Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pertubuhan ini menyatakan misi "untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita". Kini, kebanyakan kerjanya bertumpu kepada pemeliharaan tiga
biome yang mengandungi kebanyakan besar biokepelbagaian: hutan, ekosistem air tawar, dan lautan dan pantai. Antara isu-isu lain, WWF juga prihatin terhadap spesis hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim. Pertubuhan ini menjalankan lebih 1,200 projek amali di seluruh dunia dalam setiap tahun.
Sama-samalah kita memelihara hidupan liar dunia.Bumi kita semakin pupus dengan haiwan-haiwan yang mungkin tidak akan dikenali oleh generasi akan datang.Isu pemanasan global yang hangat dikatakan kini,berpunca dari sikap dan kerakusan manusia yang mencemar habitat alam semulajadi dan haiwan-haiwan dibumi ini.Kita harus memupuk rasa kesedaran dan keinsafan pada diri kita sendiri dan anak-anak masa depan untuk memulihara 'BUMI'.Adios...

No comments: