Friday, September 12, 2008

Thursday, September 11, 2008

Lelaki Hensem Vs Lelaki Tak Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus..

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah

Kalau lelaki handsome menolong
perempuan yg diganggu Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).. .

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Friday, September 5, 2008

Lembu

CERITA LEMBU
Mamat dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.
Mereka sampai di kandang pertama dan ada satu papantanda yang di letakkan yang menyatakan,
“LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS”
Isteri Mamat secara jenaka mencuit Mamat dan dalam senyum berkata,
‘Dia mengawan 50 kali tahun lepas.’
Mereka kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
“LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS”
Sekali lagi isteri Mamat mencuit dan berkata,
‘WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu… Abang boleh belajar banyak dari dia’
Mereka berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :
“LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS”
Isteri Mamat menjadi girang dan mencuit Mamat dengan kuat dan berkata,
‘Itu bermakna sekali setiap hari …. Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini!!!’
Mamat pun pandang isterinya dan berkata kepadanya,
‘Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??

Wednesday, September 3, 2008

Ramadan

Setiap kali menjelang 1 Ramadan,masing-masing sibuk menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa dan memohon ampun maaf sempena menyambut bulan mulia ini.Aku juga tidak ketinggalan menerima mesej dari kekawan dan saudara mara,Ini mengingatkan aku bahawa puasa semakin hampir dan aku baru tersedar masa begitu cepat berlalu.



Kenangan masa anak-anak.

Aku masih teringat,tapi mungin tidak secara menyeluruh,aku lihat ibubapa ku berpuasa,dan pada masa ini aku tidak melihat asap pun keluar dari periuk atau dari dapur kayu.Aku mula berfikir,kenapa?Aku bertanyakan emakku dan dia memberitahuku bahawa sedang berpuasa,dan jika aku mau berpuasa tunggu sehingga umurku 7 tahun.Waktu itu aku masih teringat aku masih memegang botol susu.heheheh..itu saja setakat yang aku ingat.



Kenangan dibangku sekolah.

Aku mula mengenali apa itu puasa dan sedikit sebanyak hukum harus,sunat,makruh dan yang membatalkan puasa.Disekolah aku rasa puasa yang cukup mencabar,dengan kawan-kawan yang ada yang berpuasa dan ada juga tidak.Di sekolah,perkara yang paling diutamakan adalah bermain,setelah penat bermain,mula lah tekak rasa kering kontang.Pada masa ini aku tidak berfikir panjang terus saja minum pepsikolah (Air dari paip sekolah),beramai-ramai kongsi satu batang paip.hahaha..kenangan itu terus menjadi kenangan selama-lamanya.Balik di rumah mulalah buat muka lemah depan emak aku,aku lihat emak aku selamba jer buat kerja,seperti menjahit dan membersihkan rumah,memasak dan sebagainya.Aku berfikir,macam mana mereka ada kekuatan seperti itu.Mungkin itulah hikmahnya Ramadan.Di rumah pun aku sama saja,tidur dan akan kerumah kawan aku yang ada sungai dibelakang rumahnya.Disana masa yang paling best sangat sebab dapat berendam lama-lama dalam sungai.Lepas dari sungai,kalau masa nak dekat dah raya,masa ni lah kami akan tolong nenek bidan kg kami buat kuih bahulu,sepit dan lain-lain kuih kg.Masa ini buat pun cuma tolong main-main ,saja nak makan kuih-kuih yang hangus.kenyang perut.Balik rumah dah nak dekat berbuka,mandi dan siap-siap berbuka sama family.hahahha..aku rasa family aku tau tu,tapi mereka saja buat bodoh.Buat kawan baik aku di kg dulu,Oyong dan Nazar..selamat berpuasa.Jumpa raya nanti k..



Kenangan sekolah menengah

Fuhhh..masa ini lah zaman yang paling mencabar.Waktu ini kira sudah akil baligh,so tidak boleh main-main lagi..puasa kena jaga dan penuh.Tapi masa sekolah menengah ni,kawan-kawan lagi lah brutal.1/2 hari saja puasa.Kawan-kawan perempuan jangan ceritalah..lagi lah ada 1002 alasan.Tapi seingat aku,beberapa kerat saja yang aku berpuasa,yang lain hari tu..faham-faham sajalah.Balik dari sekolah,kami akan berkumpul di kedai runcit dekat sekolah,dan akan makan ais krim harga 20 sen seorang.Yang banyak duit beli minuman ber'gas' dan share ramai-ramai.hahahha..balik rumah puasa lah seperti biasa.Tapi dah dekat-dekat nak raya,lagi lah haus,banyak kerja...heheheh.tapi itu lah kenangan terindah..



Sekarang

Sejak lepas dibangku sekolah,aku mula berhati-hati dalam menjalani ibadah puasa.InsyaAllah akau akan berpuasa penuh.Aku berpuasa dari makan,minum dan melakukan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.Teladan masa lalu akan aku pegang erat-erat,dan kenangan ramadan dahulu akan kusimpan sebagai kenangan yang terindah dan abadi.Aku mendoakan agar Ramadan kali ini kan lebih bermakna.



Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawih.