Wednesday, September 3, 2008

Ramadan

Setiap kali menjelang 1 Ramadan,masing-masing sibuk menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa dan memohon ampun maaf sempena menyambut bulan mulia ini.Aku juga tidak ketinggalan menerima mesej dari kekawan dan saudara mara,Ini mengingatkan aku bahawa puasa semakin hampir dan aku baru tersedar masa begitu cepat berlalu.



Kenangan masa anak-anak.

Aku masih teringat,tapi mungin tidak secara menyeluruh,aku lihat ibubapa ku berpuasa,dan pada masa ini aku tidak melihat asap pun keluar dari periuk atau dari dapur kayu.Aku mula berfikir,kenapa?Aku bertanyakan emakku dan dia memberitahuku bahawa sedang berpuasa,dan jika aku mau berpuasa tunggu sehingga umurku 7 tahun.Waktu itu aku masih teringat aku masih memegang botol susu.heheheh..itu saja setakat yang aku ingat.



Kenangan dibangku sekolah.

Aku mula mengenali apa itu puasa dan sedikit sebanyak hukum harus,sunat,makruh dan yang membatalkan puasa.Disekolah aku rasa puasa yang cukup mencabar,dengan kawan-kawan yang ada yang berpuasa dan ada juga tidak.Di sekolah,perkara yang paling diutamakan adalah bermain,setelah penat bermain,mula lah tekak rasa kering kontang.Pada masa ini aku tidak berfikir panjang terus saja minum pepsikolah (Air dari paip sekolah),beramai-ramai kongsi satu batang paip.hahaha..kenangan itu terus menjadi kenangan selama-lamanya.Balik di rumah mulalah buat muka lemah depan emak aku,aku lihat emak aku selamba jer buat kerja,seperti menjahit dan membersihkan rumah,memasak dan sebagainya.Aku berfikir,macam mana mereka ada kekuatan seperti itu.Mungkin itulah hikmahnya Ramadan.Di rumah pun aku sama saja,tidur dan akan kerumah kawan aku yang ada sungai dibelakang rumahnya.Disana masa yang paling best sangat sebab dapat berendam lama-lama dalam sungai.Lepas dari sungai,kalau masa nak dekat dah raya,masa ni lah kami akan tolong nenek bidan kg kami buat kuih bahulu,sepit dan lain-lain kuih kg.Masa ini buat pun cuma tolong main-main ,saja nak makan kuih-kuih yang hangus.kenyang perut.Balik rumah dah nak dekat berbuka,mandi dan siap-siap berbuka sama family.hahahha..aku rasa family aku tau tu,tapi mereka saja buat bodoh.Buat kawan baik aku di kg dulu,Oyong dan Nazar..selamat berpuasa.Jumpa raya nanti k..



Kenangan sekolah menengah

Fuhhh..masa ini lah zaman yang paling mencabar.Waktu ini kira sudah akil baligh,so tidak boleh main-main lagi..puasa kena jaga dan penuh.Tapi masa sekolah menengah ni,kawan-kawan lagi lah brutal.1/2 hari saja puasa.Kawan-kawan perempuan jangan ceritalah..lagi lah ada 1002 alasan.Tapi seingat aku,beberapa kerat saja yang aku berpuasa,yang lain hari tu..faham-faham sajalah.Balik dari sekolah,kami akan berkumpul di kedai runcit dekat sekolah,dan akan makan ais krim harga 20 sen seorang.Yang banyak duit beli minuman ber'gas' dan share ramai-ramai.hahahha..balik rumah puasa lah seperti biasa.Tapi dah dekat-dekat nak raya,lagi lah haus,banyak kerja...heheheh.tapi itu lah kenangan terindah..



Sekarang

Sejak lepas dibangku sekolah,aku mula berhati-hati dalam menjalani ibadah puasa.InsyaAllah akau akan berpuasa penuh.Aku berpuasa dari makan,minum dan melakukan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.Teladan masa lalu akan aku pegang erat-erat,dan kenangan ramadan dahulu akan kusimpan sebagai kenangan yang terindah dan abadi.Aku mendoakan agar Ramadan kali ini kan lebih bermakna.



Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawih.



No comments: