Monday, March 17, 2008

AF6 - Stacy



Rancangan Realiti TV,Akademi Fantasia ke-6 bermula lagi.Dan yang pasti hanya seorang sahaja peserta dari Sabah yang berjaya masuk didalam 14 orang pelajar AF6 kali ini.Berbanding pada tahun-tahun sebelum ini,dimana jumlah pelajar dari Sabah yang melebihi 2 orang.Kenapa jumlah calon dari Sabah berkurangan?ermmm...rasa-rasanya kita sendiri boleh meneka.Mungkinkah minat untuk menyertai AF6 dikalangan remaja Sabah sudah semakin pudar atau 'malas'?Sebabnya 'mungkin' juga kerana setelah habis program realiti ini,kebanyakan bekas-bekas pelajar ini tidak ada tempat untuk mereka meneruskan perjalanan sebagai artis rakaman.Lihat sahaja ramai dikalangan bekas pelajar tidak ada kerjaya sebagai seorang arits.Rakaman album?emmmm..jauh sekali.Mengambil contoh seperti bekas pelajar-pelajar AF1 hingga AF5,hanya boleh dibilang tak sampai sepuluh pun yang betul-betul berjaya sebagai seorang artis (penyanyi,pelakon dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia artis).Mungkin juga remaja-remaja Sabah mangambil contoh bekas-bekas pelajar yang dahulu yang senyap tanpa sebarang perkembangan.Jangan setakat glamor sekerat jalan sahaja.Apa-apa pun kita boleh menilai sendiri kan.....
Kali ini Sabah hanya diwakili oleh Stacy,seorang pelajar perempuan.Kalau tak silap Stacy ni adalah bekas ahli kumpulan Evoke,semasa menyertai program pencarian bakat dalam Gangstarz di TV3 tidak lama dulu..betul ke??kalau silap harap boleh bagi pandangan....Adios...

No comments: