Saturday, October 25, 2008

Ratu Jazz - Datuk Sheila Majd

Sempena Hari keputeraan Sultan Pahang,Sheila Majid yang memang terkenal dengan gelaran Ratu Jazz Negara telah dianugerahi pingat yang membawa gelaran Datuk.Wah....kagum,terpegun,terperanjat,gembira dan macam macam perasaan lagi lah dengan pencapaian dan gelaran yang Sheila Majid kecapi.Sememangnya beliau LAYAK menerima anugerah tersebut,disebabkan sumbangan beliau kepada industri hiburan tanah air.Bukan sahaja beliau terkenal di Malaysia, malah album-album beliau telah berjaya menembusi pasaran Indonesia,Singapura dan negara-negara Asia yang lain.Sememangnya muzik dan genre lagu beliau memang dapat dipasarkan ke negara luar.Lagu-lagu yang indah,muzik yang hebat dan persembahan yang memang Superb.Sumbangan beliau kepada pesakit-pesakit jantung dengan mengadakan konsert untuk menambah dana kepada Institut Jantung Negara baru-baru ini memang sewajarnya diberikan penghormatan.Segala penat lelah beliau untuk melihat pesakit-pesakit jantung untuk bernafas di bumi ini,memang harus dipuji.Syabas Sheila Majid.Saya selaku peminat no 1 beliau ingin mengucapkan 'Congratulation' kepada beliau dan diharap dengan anugerah yang dia nikmati akan menjadi penyuntik semangat untuk beliau terus menceriakan industri hiburan tanah air.Buat Datuk Sheila Majid - Kaulah Lagenda...

No comments: