Salam..macam lama juga aku enda update blog ku ini.Banyak juga cerita dan peristiwa yang berlaku yang masih belum lagi di entry kan.Banyak sebab juga menjadikan blog ku ini terperap lama.Nasib-nasib enda jadi jeruk.Kalau lama terperap macam bambangan sedap juga kan,makan dengan lada padi sama ikan masin,campur lagi dengan nasi panas-panas,mesti 2 hingga 3 piring juga makan kan.hehehehe..bikin lapar juga ni..cakap pasal bambangan ni,macam lama betul sudah enda makan benda ni..rindu pulak.Nantilah kalau aku rajin-rajin akkui pasar atau tamu mencari.Ada hari tu nampak di tamu Dongonggon,tapi rupa dia tidak meng'confident'kan aku untuk membelinya,maybe next time kio.
Berbalik kepada kesibukan aku dengan kerja dan kedai,sempat juglah aku gi outstation ke Labuan dan bercuti sekejap ke Johor Baharu.Banyak juga gambar yang diambil,tapi nantilah di next entry aku sertakan gambar semasa di Labuan dan di Johor.Ok lah sampai di entri yang seterusnya..tunggguuuuuu!!!!!!!!!!!
Wednesday, November 26, 2008
Saturday, November 1, 2008
Sembahyang Jumaat Di Masjid Tobobon Menggatal
Wednesday, October 29, 2008
Signs

Cuba tengok betul-betul.Mungkin bagi yang agak-agak fikiran tu ada lucah sikit,mungkin tafsiran tu kira-kira terpesong dari landasan lah,tapi sebenarnya 'sign' tu memberi maksud yang berbeza...cuba amat-amati seketika....actually....
These are signs in Japanese metro trains, 'Priority seats for ............ ....', From left to right:
1. Person with injured arm
2. Person holding a child
3. Pregnant woman
4. Person with injured leg
Not at all what U thought !!! Hahahhahaha..
Saturday, October 25, 2008
Ratu Jazz - Datuk Sheila Majd
Sempena Hari keputeraan Sultan Pahang,Sheila Majid yang memang terkenal dengan gelaran Ratu Jazz Negara telah dianugerahi pingat yang membawa gelaran Datuk.Wah....kagum,terpegun,terperanjat,gembira dan macam macam perasaan lagi lah dengan pencapaian dan gelaran yang Sheila Majid kecapi.Sememangnya beliau LAYAK menerima anugerah tersebut,disebabkan sumbangan beliau kepada industri hiburan tanah air.Bukan sahaja beliau terkenal di Malaysia, malah album-album beliau telah berjaya menembusi pasaran Indonesia,Singapura dan negara-negara Asia yang lain.Sememangnya muzik dan genre lagu beliau memang dapat dipasarkan ke negara luar.Lagu-lagu yang indah,muzik yang hebat dan persembahan yang memang Superb.Sumbangan beliau kepada pesakit-pesakit jantung dengan mengadakan konsert untuk menambah dana kepada Institut Jantung Negara baru-baru ini memang sewajarnya diberikan penghormatan.Segala penat lelah beliau untuk melihat pesakit-pesakit jantung untuk bernafas di bumi ini,memang harus dipuji.Syabas Sheila Majid.Saya selaku peminat no 1 beliau ingin mengucapkan 'Congratulation' kepada beliau dan diharap dengan anugerah yang dia nikmati akan menjadi penyuntik semangat untuk beliau terus menceriakan industri hiburan tanah air.Buat Datuk Sheila Majid - Kaulah Lagenda...


Saturday, October 18, 2008
Congratulations!!!!!
Alahai..apa nak entri hari ni?Gambar-gambar enda dapat ambil,sebab kamera dipinjam pulak oleh sister,sebab diaorang gi KL dengan mak,kakak yang sulung dan abang ipar serta anak-anak buah,untuk menghadiri konvokesyen anak buah di UPM.Semalam gi airport antar diaorang.Flight jam 2005 pm.Seminggu disana...To Herdayani Hj Awang Damit - congratulations!!!!!!!

Friday, October 17, 2008
Ntah apa-apa..
Hari ini,enda tau apa mau diupdate.Hari ini mcm biasa saja.pigi kerja dan tengahari pigi semayang Jumaat di Masjid Tg Aru.Dalam perjalanan menuju ke Kompleks Asia City,untuk menikmati makan tengahari,kereta yang kami naiki mengalami kerosakan.Macam tersangkut sangkut plak perjalanan.Kami bertiga paking kereta dan trus gi makan dulu.Lepas makan panggil mekanik dan minta dibaiki,tapi macam enda boleh juga,so minta ganti kereta yang lain.Apa lah malang hari ni..Sampai opis aku trus tengok pc dan boring plak dengan background pc yang lama,so tukar ke cicak pulak lah...


Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)