Wednesday, October 29, 2008

Signs


Cuba tengok betul-betul.Mungkin bagi yang agak-agak fikiran tu ada lucah sikit,mungkin tafsiran tu kira-kira terpesong dari landasan lah,tapi sebenarnya 'sign' tu memberi maksud yang berbeza...cuba amat-amati seketika....actually....


These are signs in Japanese metro trains, 'Priority seats for ............ ....', From left to right:
1. Person with injured arm
2. Person holding a child
3. Pregnant woman
4. Person with injured leg

Not at all what U thought !!! Hahahhahaha..



Saturday, October 25, 2008

Ratu Jazz - Datuk Sheila Majd

Sempena Hari keputeraan Sultan Pahang,Sheila Majid yang memang terkenal dengan gelaran Ratu Jazz Negara telah dianugerahi pingat yang membawa gelaran Datuk.Wah....kagum,terpegun,terperanjat,gembira dan macam macam perasaan lagi lah dengan pencapaian dan gelaran yang Sheila Majid kecapi.Sememangnya beliau LAYAK menerima anugerah tersebut,disebabkan sumbangan beliau kepada industri hiburan tanah air.Bukan sahaja beliau terkenal di Malaysia, malah album-album beliau telah berjaya menembusi pasaran Indonesia,Singapura dan negara-negara Asia yang lain.Sememangnya muzik dan genre lagu beliau memang dapat dipasarkan ke negara luar.Lagu-lagu yang indah,muzik yang hebat dan persembahan yang memang Superb.Sumbangan beliau kepada pesakit-pesakit jantung dengan mengadakan konsert untuk menambah dana kepada Institut Jantung Negara baru-baru ini memang sewajarnya diberikan penghormatan.Segala penat lelah beliau untuk melihat pesakit-pesakit jantung untuk bernafas di bumi ini,memang harus dipuji.Syabas Sheila Majid.Saya selaku peminat no 1 beliau ingin mengucapkan 'Congratulation' kepada beliau dan diharap dengan anugerah yang dia nikmati akan menjadi penyuntik semangat untuk beliau terus menceriakan industri hiburan tanah air.Buat Datuk Sheila Majid - Kaulah Lagenda...

Saturday, October 18, 2008

Congratulations!!!!!

Alahai..apa nak entri hari ni?Gambar-gambar enda dapat ambil,sebab kamera dipinjam pulak oleh sister,sebab diaorang gi KL dengan mak,kakak yang sulung dan abang ipar serta anak-anak buah,untuk menghadiri konvokesyen anak buah di UPM.Semalam gi airport antar diaorang.Flight jam 2005 pm.Seminggu disana...To Herdayani Hj Awang Damit - congratulations!!!!!!!

Friday, October 17, 2008

Ntah apa-apa..

Hari ini,enda tau apa mau diupdate.Hari ini mcm biasa saja.pigi kerja dan tengahari pigi semayang Jumaat di Masjid Tg Aru.Dalam perjalanan menuju ke Kompleks Asia City,untuk menikmati makan tengahari,kereta yang kami naiki mengalami kerosakan.Macam tersangkut sangkut plak perjalanan.Kami bertiga paking kereta dan trus gi makan dulu.Lepas makan panggil mekanik dan minta dibaiki,tapi macam enda boleh juga,so minta ganti kereta yang lain.Apa lah malang hari ni..Sampai opis aku trus tengok pc dan boring plak dengan background pc yang lama,so tukar ke cicak pulak lah...


Thursday, October 16, 2008

Sony


Satu lagi kejayaan Sony,dimana mereka berjaya menembusi pendalaman Papua New Guinea.

Bulgarian Idol

Hari ini enda sempat nak update banyak-banyak,cuma apa yang sempat saja lah.Cuma nak share pasal Bulgarian Idol yang member bagi.Apa lah punya bengap pempuan ni..hehehee..enjoy..

Wednesday, October 15, 2008

Open House - Raya kelima


Antara Hidangan..Bolehlah...
Kawan-kawan sekolah dulu-dulu..Best Friend ni
Jiran-jiran dan member kamcing (JU)
Sibuk dan tiada masa mau update,maka terputus-putuslah apa yang harus aku masukan dalam blog kali ini.Gambar-gambar ni aku ambil masa aku buat open house untuk kawan-kawan dan jiran tetangga.Tidak banyak gambar yang diambil,sibuk kunun,sampai lupa mau ambil gambar.Ni saja yang sempat.Next year InsyaAllah aku akan buat lagi.

Tuesday, October 14, 2008

Hari Raya Aidil Fitri 2008 - Part 3

Pada Hari Raya ketiga,selepas solat Jumaat,aku mengadakan rumah terbuka khusus untuk ahli keluarga saja di rumah ku.Semua makanan adalah ditempah khas dari kedai nusantarathai.com dan ada juga yang dibeli.Makanan kali ini simple-simple saja,buat kelainan sikit.Meriah dan seronok,sebab ada sessi karaoke pulak tu.Masing-masing enjoy.
Antara hidangan...
Chef 'wan' tertido,penat ke???

2 chef sedang berehat sambil menunggu tetamu
Ahli keluargaku sedang menikmati hidangan

Berehat-rehat sambil berkaraoke


Saturday, October 11, 2008

Hari Raya Aidil Fitri 2008 - Part 2


Anak-anak buah. part 1

Anak-anak buah part 2


Gambar adik beradik

Gambar-gambar dipagi raya pertama.Seronok dan meriah sebab semua dapat berkumpul.Macam macam ragam,biasalah kan bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni

Hari Raya Aidil Fitri 2008 - Part 1

Salam Aidil Fitri untuk semua pembaca.Mungkin masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir Batin.Masih lagi dalam bulan Syawal dan kita kan beraya selama sebulan,cuma mungkin kuih raya tu semakin berkuranganlah kan.Tapi hidang saja jemput-jemput pisang atau keropok lekor.Sadap juga tu. Bagi sesiapa yang ingin buat rumah terbuka,jemput-jemputlah saya.hehhehehe..Ok lah disini adalah sedikit gambar-gambar sehari sebelum raya dan semasa raya berlangsung.

Prepare duit raya untuk anak buah dan kanak-kanak







Semasa malam raya sambil tengok tv.




Pagi Raya di rumah kesayanganku